← Kembali ke pilihan sistem
Untuk operator & pemilik car rental

Kereta dah keluar.
Rekod masih bersepah?

Booking dalam mesej. Bayaran dalam bank. Deposit dalam spreadsheet. Bila pelanggan extend atau ejen tanya bahagiannya, anda kena cari dan kira semula. Satukan urusan ini dalam sistem car rental berjenama sendiri.

Harga pengenalan dari RM699 · Akaun milik client · Kos pihak ketiga berasingan

Mesra telefonPanel pengurusanHandover akses akaun
Rental management / OverviewDemo
Tempahan bulan ini24
Kutipan sewaanRM8,640
Kereta berdaftar12
Aktiviti tempahan
BR-1024 · Toyota VoxyAmbil 12/10/2026 · 10:00 pagiDibayar
BR-1025 · Perodua BezzaPulang 14/10/2026 · 3:00 petangMenunggu serahan
BR-1026 · Honda StepwgnInvois akhir & penyelesaian ejenSelesai
Refund depositTarikh akhir dipantau selepas kereta dipulangkan14 hari

Ilustrasi konsep sahaja. Angka contoh, bukan data pelanggan atau paparan sebenar.

01 / Booking & payment02 / Finance & refund03 / Ejen & settlement04 / Serahan & rekod
Contoh projek kami

Tengok hasil sebenar.
Buka website projek kami.

Contoh pelaksanaan website car rental dengan identiti jenama dan aliran tempahan untuk pelanggan.

Banner website Trivora Car Rental Johor Bahru dengan branding merah, hitam dan pilihan kereta
Car rental · Johor Bahru

Trivora Car Rental

carrentaljohorbahru.com

Website berjenama sendiri yang memaparkan pilihan kereta dan membantu pelanggan memulakan tempahan mengikut tarikh serta masa sewaan.

Branding sendiriKatalog keretaAliran tempahanMesra telefon
Lihat website projek ↗

Imej banner daripada website projek. Fungsi untuk bisnes anda mengikut pakej dan skop yang dipersetujui.

Masalah sebenar operator kereta sewa

Bukan susah dapat booking sahaja.
Susah nak jaga semua selepas itu.

Bayangkan tiga kereta keluar hari ini. Seorang pelanggan extend, seorang pulang lewat, seorang lagi tanya bila deposit akan dapat balik. Ejen pula nak tahu bila bahagiannya dibayar.

01 / BOOKING & BAYARAN

“Yang ini dah bayar ke?”

Nama, tarikh, resit dan kereta tersebar di tempat berbeza. Bila sibuk, anda kena semak satu per satu.

Solusi: Rekod tempahan dan status bayaran dalam panel pengurusan. Integrasi gateway dalam Business dan Complete.

02 / EXTEND & CAJ TAMBAHAN

“Harga akhir jadi berapa?”

Pelanggan tambah hari atau pulang lewat. Jumlah asal dah berubah, tetapi rekod dan invois belum dikemas kini.

Solusi: Complete menyediakan pelarasan caj dan invois akhir supaya jumlah boleh disemak sebelum settlement.

03 / DEPOSIT & REFUND

“Deposit saya bila nak masuk?”

Kereta dah pulang. Ada potongan, ada refund penuh. Tanpa senarai susulan, tarikh akhir mudah terlepas.

Solusi: Complete menjejak deposit, potongan, status refund dan deadline 14 hari selepas pemulangan.

04 / BAHAGIAN EJEN

“Booking ini split berapa?”

Bukan semua kereta guna pecahan yang sama. Kiraan manual berulang menyukarkan semakan bayaran kepada pemilik.

Solusi: Tetapkan bahagian setiap booking dalam Complete dan pantau payable serta rekod settlement ejen.

05 / KEADAAN KERETA

“Calar ini dah ada sebelum sewa?”

Gambar ada, tetapi bercampur dengan gambar booking lain. Sukar cari bukti serahan apabila timbul pertanyaan.

Solusi: BMS dalam Complete menyimpan gambar, mileage, minyak, nota dan tandatangan mengikut rekod serahan.

06 / TEMPAHAN BARU

“Hari-hari jawab soalan sama.”

Pelanggan nak tengok kereta, harga dan cara tempah. Anda masih perlu kumpul butiran asas satu persatu.

Solusi: Semua pakej ada katalog dan borang. Business tambah bayaran online; Complete tambah bantuan AI website.

Pilih tahap yang sesuai dengan operasi sekarang. Basic untuk permintaan tempahan, Business untuk booking berbayar, Complete untuk pengurusan selepas booking hingga refund dan settlement.
Pakej pelaksanaan sistem

Dari pelanggan pilih kereta,
hingga selesai pulang deposit.

Berdasarkan platform car rental sedia ada, disesuaikan pada branding dan konfigurasi bisnes anda.

01 — Website & tempahan online

Katalog kereta, tarikh dan masa, lokasi ambil/pulang, kiraan sewaan, add-on serta kod promo. Paparan mesra telefon dan desktop.

02 — Payment & automasi

Integrasi gateway yang dipersetujui, pengesahan bayaran, emel pengesahan dan penyelarasan tempahan dibayar ke Google Calendar.

03 — Finance, invois & refund

Rekod bayaran, invois pelanggan, invois akhir, caj tambahan, potongan deposit dan tracking refund dengan tempoh 14 hari selepas pemulangan.

04 — Pengurusan ejen

Maklumat ejen dan kenderaan, pecahan hasil operator/ejen bagi setiap booking, rekod payable, settlement dan penyata ejen.

05 — Delivery & collection

Konfigurasi lokasi office dan kadar RM/km. Integrasi Google Routes untuk kiraan caj penghantaran serta pengambilan balik.

06 — Bukti serahan & pemulangan

Rekod gambar kereta, mileage, minyak, kerosakan, butiran serta tandatangan pelanggan. Cetak rekod atau simpan sebagai PDF.

Integrasi AI disertakan dalam skop yang dipersetujui. Bantuan pelanggan di website dan semakan dokumen melalui DeepSeek. Client menyediakan akaun serta kredit API. Keputusan semakan dokumen perlu disahkan oleh operator.
3 pakej · harga pengenalan · setup sekali bayar

Mulakan ikut keperluan.
Tambah kemampuan bila bersedia.

Platform standard sedia ada dengan branding dan konfigurasi bisnes anda. Pilih pakej berdasarkan kerja yang anda mahu sistem bantu urus.

Basic

Mulakan tempahan online

RM699

Harga pengenalan · Setup sekali bayar

Untuk operator yang masih mahu semak kekosongan, sahkan booking dan kutip bayaran secara manual.

  • Website & katalog kereta
  • Borang permintaan tempahan
  • Panel edit kereta dan harga
  • Deployment & handover
Enquire Details
AKAN DATANG
Complete

Urus operasi hingga selesai

RM1,799

Harga pengenalan · Setup sekali bayar

Untuk operator yang mahu urus kewangan sewaan, deposit, refund, ejen dan bukti serahan dalam platform yang sama.

  • Semua dalam Business
  • Finance, refund & invois akhir
  • Ejen, pecahan hasil & settlement
  • Delivery, BMS & bantuan AI
Enquire Details

Complete akan datang. Semua harga ialah harga pengenalan. Kos pihak ketiga berasingan. Harga naik taraf, maintenance dan fungsi custom dipersetujui melalui quotation berasingan.

Bandingkan fungsi sebelum pilih

Fungsi / servisBasic
RM699
Business
RM1,199
Complete
RM1,799
AKAN DATANG
Website, branding & mesra mobile✓✓✓
Katalog kereta & panel edit harga✓✓✓
Borang permintaan tempahan✓✓✓
Kiraan sewaan, masa & add-on—✓✓
Kod promo—✓✓
Integrasi payment gateway—✓✓
Pengesahan bayaran & status bookingManual✓✓
Emel pengesahan pelanggan—✓✓
Invois tempahan pelanggan—✓✓
Google Calendar sync—✓✓
Kiraan delivery/collection ikut jarak——✓
Finance & rekod transaksi operasi——✓
Deposit, potongan & refund tracking——✓
Deadline refund 14 hari——✓
Invois akhir & pelarasan caj——✓
Database ejen & kenderaan——✓
Pecahan hasil setiap booking——✓
Settlement & penyata ejen——✓
BMS: gambar, mileage & tandatangan——✓
AI website & bantuan semakan dokumen——✓
Deployment, latihan asas & handover✓✓✓
Skop yang jelas: Basic menerima permintaan tempahan; operator mengesahkannya secara manual. Business dan Complete termasuk integrasi gateway yang dipersetujui. Kekosongan kereta dan penetapan unit perlu disemak oleh operator mengikut aliran operasi yang disahkan.
Akaun & kos operasi

Bisnes anda. Akaun anda.

Kami bantu konfigurasi dan sambungkan servis kepada sistem. Client membuka serta memiliki akaun yang diperlukan mengikut pakej dan membayar caj penyedia masing-masing. Payment gateway, emel dan Google Calendar untuk Business/Complete; Google Routes dan DeepSeek untuk Complete.

ServisTanggungjawab client
DomainBeli, renew dan kekalkan pemilikan domain sendiri.
NetlifySediakan akaun dan tanggung kos plan serta penggunaan.
SupabaseSediakan akaun/project dan tanggung kos database, storage serta penggunaan.
Google Cloud / DeveloperSediakan akaun serta billing. Bajet awal client: RM120; caj sebenar mengikut servis dan penggunaan. RM120 bukan yuran rasmi tetap Google.
DeepSeekSediakan akaun API dan tambah nilai kredit penggunaan AI.
Gmail / servis emelCipta Gmail khusus bisnes dan beri akses yang diperlukan untuk setup. Caj penyedia emel, jika ada, ditanggung client.
Payment gatewayDaftar akaun, lengkapkan pengesahan/KYC dan tanggung caj transaksi serta caj penyedia.
Akses kepada akaun, konfigurasi dan panel sistem diserahkan selepas pelaksanaan serta bayaran selesai. Data dan akaun bisnes adalah milik client; platform asas dan modul boleh guna semula kekal milik pembangun.
Proses pelaksanaan

Empat langkah untuk bermula.

01 / SAHKAN SKOP

Kenali operasi

Sahkan cara sewaan, harga, caj, polisi dan modul yang diperlukan.

02 / SEDIAKAN AKAUN

Kumpul bahan

Client sediakan logo, maklumat syarikat, data kereta dan akaun pihak ketiga.

03 / SETUP & UJI

Semak bersama

Konfigurasi sistem dan uji aliran tempahan, bayaran serta rekod operasi.

04 / LAUNCH & HANDOVER

Mula mengurus

Deploy sistem, latihan asas dan serahan akses akaun kepada client.

Jadual siap dipersetujui selepas skop, bahan dan akses tersedia. Kelulusan akaun pihak ketiga boleh mempengaruhi tarikh launch.

Soalan lazim

Jelas sebelum anda bermula.

Adakah harga pakej termasuk semua kos bulanan?

RM699, RM1,199 atau RM1,799 meliputi setup dan pelaksanaan mengikut pakej dipilih. Domain, Netlify, Supabase, Google, DeepSeek, servis emel dan caj gateway dibayar oleh client mengikut plan serta penggunaan. Sokongan berterusan boleh dipersetujui berasingan.

Boleh guna nama dan logo syarikat saya?

Ya. Branding, warna, maklumat syarikat, domain, harga sewaan serta konfigurasi operasi disesuaikan dalam skop standard yang dipersetujui.

Adakah ini full accounting atau e-Invoice LHDN?

Complete merangkumi rekod kewangan operasi sewaan seperti invois, bayaran, deposit, refund dan settlement ejen. Full accounting, e-Invoice LHDN dan modul baharu memerlukan skop serta quotation berasingan.

Adakah refund dan bayaran ejen dibuat automatik?

Sistem membantu pengiraan dan tracking. Operator bertanggungjawab menyemak potongan, meluluskan refund, membuat transaksi refund atau bayaran ejen, dan mengemas kini bukti bayaran. Tracking tidak bermaksud wang dipindahkan automatik.

Boleh tambah fungsi atau tukar payment gateway?

Integrasi standard dan gateway yang disokong dipersetujui sebelum kerja bermula. Gateway lain, perubahan aliran besar, aplikasi tambahan atau modul custom disebut harga berasingan.

Siapa pegang akaun selepas handover?

Client memegang akaun, domain, data, branding dan akses kepada sistem yang dipasang. Hak eksklusif terhadap platform asas atau kod boleh guna semula tidak termasuk dalam pakej.

Adakah sistem boleh digunakan melalui telefon?

Ya. Website dan panel dalam semua pakej direka untuk telefon serta desktop. Panel PWA yang disediakan boleh ditambah ke skrin utama. Sambungan internet diperlukan untuk data dan urusan online.

Bawa operasi anda ke langkah seterusnya

Jadikan bisnes car rental
anda lebih tersusun.

Mulakan dengan platform sedia ada, branding sendiri dan skop yang jelas. Pilih Basic RM699, Business RM1,199 atau daftar minat Complete RM1,799 (akan datang).

Enquire Details