Notis Privasi
Dikemas kini: 13 Oktober 2026
Notis ini menerangkan data peribadi yang dikumpul melalui laman BijakBelanja.com dan perkhidmatan berkaitan, tujuan penggunaannya, dan hak anda.
1. Halaman maklumat (Homepage, Takaful Kenderaan, Hadis 40)
Halaman ini tidak meminta anda mendaftar akaun. Kalkulator dijalankan dalam pelayar anda. Jika anda klik pautan ke laman atau portal pihak ketiga, maklumat yang anda isi di sana tertakluk kepada notis privasi pengendali portal tersebut. Soalan yang anda taip ke pembantu AI Hadis 40 dihantar ke pelayan kami untuk dijawab dan tidak dikaitkan dengan identiti anda.
2. MEMORI — Tempahan & Bayaran
Semasa tempahan online, kami mengumpul: nama, email, nombor telefon, nama event, tarikh event dan alamat/lokasi majlis, serta kod rujukan ejen jika anda datang melalui pautan ejen. Tujuan: mencipta galeri majlis anda, menghantar pautan galeri & Kod QR, dan menghubungi anda berkenaan tempahan. Maklumat ini digunakan terus untuk menyediakan galeri anda selepas bayaran, jadi sila pastikan ia tepat semasa tempahan.
Bayaran diproses oleh BayarCash. Kami tidak menerima atau menyimpan maklumat kad atau kata laluan perbankan anda. Kami hanya menerima status bayaran dan nombor rujukan transaksi.
3. MEMORI — Pemilik Event (Pengantin)
Akaun pemilik menggunakan email dan kata laluan yang anda tetapkan sendiri. Kata laluan diurus oleh sistem pengesahan pembekal pangkalan data kami dan tidak boleh dilihat oleh kami.
4. MEMORI — Tetamu
Tetamu hanya perlu memasukkan nama paparan (tanpa email atau kata laluan). Gambar yang dimuat naik boleh dilihat dan dimuat turun oleh pemilik event. Pemilik boleh memuat turun gambar sehingga tarikh akhir download yang ditetapkan. Gambar dipadam secara automatik sehari selepas tarikh tersebut, atau lebih awal jika event dipadam oleh pentadbir.
5. MEMORI — Ejen / Reseller
Ejen berdaftar memberikan nama, No. Kad Pengenalan, email, telefon, nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank. Maklumat ini digunakan hanya untuk mengenal pasti ejen dan membayar komisen. Resit bayaran komisen yang dimuat naik oleh pentadbir disimpan secara peribadi dan hanya boleh dilihat oleh ejen berkenaan dan pentadbir.
6. Borang Client Onboarding
Jika anda mengisi borang Client Onboarding, kami boleh mengumpul nama perniagaan, nama pegawai untuk dihubungi, nombor telefon, email, alamat/kawasan operasi, maklumat perkhidmatan, anggaran jumlah kenderaan, pilihan tempahan, payment provider, domain dan maklumat projek lain yang anda pilih untuk berikan. Untuk borang tersebut, kami juga merekodkan status persetujuan, versi notis persetujuan dan masa persetujuan.
Tujuan pengumpulan ialah untuk menyediakan sebut harga, merancang reka bentuk dan fungsi sistem, membina website/management system serta berkomunikasi mengenai projek. Jangan masukkan kata laluan, secret key, nombor kad atau kelayakan akses pihak ketiga ke dalam borang.
Maklumat onboarding dihadkan kepada pentadbir projek yang diberi kuasa dan disimpan dalam pangkalan data Supabase. Data akan disimpan sepanjang tempoh yang diperlukan untuk pengurusan projek, rekod transaksi/perkhidmatan dan kewajipan undang-undang, kemudian dipadam atau dianonimkan apabila tidak lagi diperlukan, tertakluk kepada keperluan tersebut.
7. Penyimpanan & Keselamatan
Data disimpan dalam pangkalan data dan storan awan (Supabase). Akses kepada data pentadbiran dihadkan kepada akaun pentadbir yang sah. Gambar dan resit disimpan dalam storan peribadi dan hanya dicapai melalui pautan bertempoh.
8. Perkongsian Data
Kami tidak menjual data anda. Data dikongsi hanya dengan pembekal yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan (pemprosesan bayaran BayarCash, pengehosan laman dan pangkalan data), atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
9. Hak Anda
Anda boleh meminta untuk mengakses, membetulkan atau memadam data peribadi anda. Ejen boleh mengemas kini profil sendiri melalui Portal Reseller.
10. Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan privasi atau permintaan data, hubungi kami melalui WhatsApp 01113221984.