Laman ini bukan laman rasmi PruBSN. Rujuk dokumen rasmi: PDS Lindung Famili (PDF) · PDS Cegah Famili (PDF)

Kira dulu. Baru nampak berapa sebenarnya.

Tak perlu teka caruman takaful berdasarkan umur kawan. Umur awak, pelan yang dipilih dan jumlah dilindungi mungkin berbeza.

Masukkan tarikh lahir, pilih jantina, pilih pelan dan jumlah dilindungi. Untuk Cegah Famili, maklumkan juga status merokok. Kalkulator akan tunjuk anggaran caruman setahun sekali.

Bila keputusan keluar, baca tiga benda

Pertama: caruman tahunan. Inilah amaun rujukan yang lebih penting. Jika tertera RM212, itu RM212 untuk setahun, bukan RM212 setiap bulan.

Kedua: manfaat pelan. Lindung Famili dan Cegah Famili bukan produk yang sama. Jangan pilih sekadar kerana caruman nampak murah.

Ketiga: jumlah simpanan yang digunakan. Caruman dibayar daripada simpanan KWSP yang dibenarkan bagi pencarum layak. Baki untuk persaraan akan berkurang.

ANB tu apa pula?

ANB ialah Age Next Birthday, atau umur pada hari lahir akan datang. Contohnya, kalau awak berumur 30 tahun hari ini dan belum sampai hari lahir ke-31, ANB ialah 31. Tak payah kira manual; masukkan tarikh lahir sahaja.

Kalau kalkulator tunjuk umur 66-74?

Julat itu bagi pembaharuan sijil sedia ada, bukan pendaftaran baharu. Pendaftaran baharu tertakluk syarat umur 19-65 ANB dan penilaian PruBSN.

Kenapa angka mungkin berubah?

Kadar berubah mengikut umur dan faktor pelan. Ia juga tidak dijamin kekal. Angka kalkulator digunakan sebagai panduan dan bukan sebut harga atau kelulusan rasmi. Nilai muktamad hendaklah disemak dalam proses permohonan rasmi.

Kalau nombor sudah nampak masuk akal, baca PDS. Kalau tak sesuai, tak perlu teruskan. Memang tujuan kalkulator ini supaya awak boleh buat keputusan dengan lebih jelas.

Kenal saya dulu

Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.

Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.

DaftarWhatsApp