Suka berkongsi ilmu kewangan? Kenal dulu peranan rakan rujukan.
Bantu rakan dan keluarga kenali perlindungan takaful keluarga secara jujur dan beretika. Hubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut dan syarat yang perlu disahkan dengan organisasi berkaitan.
Tiada janji pendapatan, komisen atau jawatan.Apa yang seorang rakan rujukan boleh buat?
Membantu orang faham kewujudan pilihan takaful bagi pencarum KWSP yang layak, berkongsi pautan kepada bahan rasmi, tunjuk penggunaan kalkulator dan terangkan cara mencapai proses pendaftaran sendiri.
Bukan tugas rakan rujukan untuk menentukan kelulusan, memberi nasihat melebihi kuasa yang dibenarkan, mengutip caruman sendiri atau meminta PIN i-Akaun pelanggan.
Tiga perkara saya utamakan
Faham dahulu. Jangan hafal kelebihan sahaja. Tahu juga pengecualian, tempoh menunggu dan perubahan kadar.
Bercakap benar. Duit KWSP bukan duit percuma. Pelan penyakit kritikal bukan medical card. Sijil bukan automatik lulus.
Jangan paksa orang. Kalau orang belum sesuai, bagi dia masa baca dan semak.
Macam mana nak tahu syarat program?
Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan awal. Hubungan affiliate/rujukan, sebarang ganjaran, kebenaran berkongsi bahan dan kelayakan menyertai program mesti disahkan dengan organisasi berkaitan sebelum sebarang aktiviti pemasaran dibuat.
Kalau ada ganjaran rujukan, terma serta pendedahannya perlu dijelaskan secara telus. Kita tak boleh menganggap istilah "rakan" sebagai lesen untuk menjual produk kewangan.
Saya Zunaidi, affiliate Caliph Group, bukan ejen KWSP atau PruBSN. Halaman ini bersifat penerangan awal, bukan tawaran kerja atau pelantikan rasmi.
Soalan sebelum jadi rakan rujukan
Adakah ini pelantikan ejen? Tidak. Apa-apa kebenaran pemasaran, syarat program dan ganjaran perlu disahkan dengan Caliph. Halaman ini tidak menjanjikan pendapatan atau lesen menjual takaful.
Kenal saya dulu
Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.
Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.