Panduan pelanggan
Nak daftar? Ikut satu-satu. Jangan main tekan saja.
Mula-mula, saya terangkan kenapa awak akan masuk dua tempat berbeza. Pautan Caliph digunakan untuk rekod persetujuan dan rujukan affiliate. Proses memilih takaful, pengisytiharan dan permohonan pula diteruskan melalui KWSP i-Akaun serta saluran PruBSN yang dipaparkan.
Jangan anggap pautan Caliph itu laman rasmi KWSP atau PruBSN. Dua perkara ini memang berbeza.
Sebelum mula
Sediakan telefon yang boleh akses i-Akaun sendiri, butiran pengenalan diri dan butiran tanggungan jika berkenaan. Baca manfaat, pengecualian, caruman tahunan dan kesan kepada simpanan persaraan terlebih dahulu.
Peringatan: PIN i-Akaun, kata laluan, TAC dan OTP jangan diberi kepada saya, admin, rakan atau sesiapa pun. Masukkan sendiri dalam aplikasi/portal rasmi.
7 langkah untuk pelanggan
Langkah 1 - Buka pautan rujukan
Pergi ke https://caliph.biz/daftar/CG2474 atau imbas QR yang dipaparkan. Pastikan alamat laman betul. Kod rujukan bagi pautan ini ialah CG2474.
Langkah 2 - Isi butiran yang diminta
Isikan butiran diri di portal Caliph seperti yang tertera pada borang. Pastikan ejaan nama dan maklumat pengenalan diri betul. Jangan hantar nombor MyKad dalam WhatsApp jika tidak diperlukan.
Langkah 3 - Baca persetujuan sebelum tandatangan
Jangan tandakan semua kotak sekadar nak cepat. Faham apa yang dipersetujui, termasuk kenyataan berkenaan tanggungan jika awak hendak melindungi pasangan atau anak. Tandatangan sendiri.
Langkah 4 - Simpan kod rujukan
Selepas borang selesai, ambil dan simpan kod yang dipaparkan. Semak ia sepadan dengan CG2474 jika ingin menggunakan rujukan ini. Jika tertera kod lain, semak dahulu sebelum meneruskan.
Langkah 5 - Masuk KWSP i-Akaun
Log masuk menggunakan akses sendiri, cari laluan i-Lindung dan pilih produk PruBSN yang berkaitan. Masukkan maklumat yang diminta, pilih siapa mahu dilindungi serta jumlah dilindungi. Jawab pengisytiharan kesihatan secara jujur.
Langkah 6 - Masukkan kod rujukan jika diminta
Jika ada ruangan Kod Rujukan, masukkan kod yang disimpan. Kod rujukan tidak menjamin permohonan diluluskan dan tidak mengubah terma perlindungan.
Langkah 7 - Semak dan hantar
Semak caruman tahunan, manfaat, orang yang dilindungi, kebenaran dan butiran peribadi. Teruskan bayaran/autoriti melalui saluran rasmi yang dipaparkan. Simpan nombor rujukan permohonan.
Penting: Status "pembayaran berjaya" tidak semestinya bermaksud sijil diluluskan serta-merta. Semak status permohonan dan e-Sijil melalui saluran rasmi PruBSN.
Pembayaran berjaya tidak dengan sendirinya mengesahkan permohonan diluluskan. Semak status dan e-Sijil melalui saluran rasmi PruBSN.
Sedia untuk bermula?
Teruskan melalui pautan Caliph ini.
Tekan butang jika anda menggunakan telefon yang sama. Untuk peranti lain, imbas QR di sebelah. Kedua-duanya untuk pautan pendaftaran yang anda diberikan.
Kod rujukan: CG2474
https://caliph.biz/daftar/CG2474
Laman luar akan dibuka. Baca kenyataan persetujuan dan syarat pada portal sebelum meneruskan.

CG2474
Nak ambil produk kedua?
Kalau dah mohon produk pertama, rujuk arahan semasa di portal dan panduan Caliph untuk penambahan produk. Jangan anggap semua langkah boleh dilangkau; pengisytiharan untuk produk kedua masih perlu dibuat apabila diminta.
Siapa saya dalam urusan ini?
Saya Zunaidi, affiliate Caliph Group. Saya bukan ejen KWSP dan bukan ejen PruBSN. Saya boleh menerangkan panduan dan membantu awak faham langkah. Keputusan kelayakan, permohonan dan sijil dibuat melalui pihak rasmi.
Kenal saya dulu
Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.
Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.