Khas untuk penjawat awam tanpa pencen dan pekerja swasta
Ada simpanan KWSP. Tapi perlindungan keluarga dah cukup ke?
Saja nak ajak awak fikir. Belum pernah ada takaful, sijil lama dah luput, atau dah ada tapi belum cukup? Ahli KWSP yang layak boleh menilai pilihan menggunakan sebahagian simpanan yang dibenarkan untuk caruman tahunan.
- Kadar disemak silang dengan jadual caruman rasmi PruBSN
- Input kiraan kekal dalam pelayar; acara penggunaan ringkas direkod
- Tiada pemeriksaan perubatan, hanya pengisytiharan kesihatan
Tiga keadaan. Yang mana satu cerita awak?
Belum pernah ambil takaful. Bukan sebab tak sayang keluarga. Ada orang memang belum jumpa masa yang sesuai, atau tak tahu hendak mula dari mana. Boleh mula dengan faham perlindungan asas.
Sijil lama dah luput. Kalau perlindungan lama sudah tidak aktif, semak status dan pilihan dengan pengendali asal. Pelan baharu bukan bermaksud sijil lama automatik hidup semula.
Dah ada takaful. Bagus. Tapi cukup atau tidak jumlah perlindungan itu kalau sesuatu berlaku? Boleh semak manfaat yang ada, elakkan bertindih tanpa sebab dan lihat sama ada tambahan perlindungan benar-benar diperlukan.
Pokok pangkalnya, jangan beli benda yang kita sendiri tak faham.
Pokok pangkalnya, faham dahulu.
Bayangkan perlindungan macam makan tengah hari. Nasi dan lauk sama-sama makanan, tapi fungsi tak sama. Dalam takaful pun begitu. Pilih berdasarkan keperluan keluarga, bukan sekadar nama pelan.
Dua pelan. Fungsi pun tak sama.
Dua pelan ini menangani risiko berbeza. TPD dan manfaat kemalangan Lindung Famili tamat pada ulang tahun sijil apabila mencapai 70 ANB; manfaat kematian tertakluk umur luput 75.
PruBSN Lindung Famili
- Manfaat kematian, 100% jumlah dilindungi
- Hilang upaya kekal & menyeluruh (TPD) sebelum ANB 70
- Tambahan kematian akibat kemalangan 100%/200%/300% mengikut keadaan
- Jumlah dilindungi RM10,000–RM200,000
PruBSN Cegah Famili
- Bayaran sekali gus untuk 43 penyakit kritikal yang dilindungi
- Manfaat kematian juga disertakan (dikurangkan jika tuntutan penyakit kritikal dibayar)
- Jumlah dilindungi RM10,000–RM200,000
- Bukan medical card
Berapa caruman? Jom kira, jangan agak-agak.
Masukkan tarikh lahir, kemudian semak caruman setahun sekali. Kadar berubah ikut umur dan tidak dijamin kekal. Bandingkan amaun akhir dengan portal rasmi.
Kalau nak daftar, jalannya begini
1. Semak dahulu sama ada awak ahli KWSP yang layak dan fahami kesan penggunaan simpanan persaraan. 2. Baca manfaat, pengecualian, tempoh menunggu dan jumlah caruman. 3. Ikut panduan pendaftaran, bermula dengan pautan rujukan Caliph dan seterusnya melalui KWSP i-Akaun / saluran rasmi yang dipaparkan. 4. Jawab pengisytiharan kesihatan sendiri dengan jujur. Jangan serahkan PIN, kata laluan atau OTP kepada sesiapa. 5. Selepas membuat permohonan, semak kelulusan dan e-Sijil melalui saluran rasmi PruBSN. Bayaran berjaya belum tentu bermaksud kelulusan telah diberikan.
Tiga perkara saya nak awak ingat
Satu: Ini bukan duit bantuan kerajaan. Ini simpanan persaraan awak sendiri, dan menggunakannya mengurangkan baki persaraan.
Dua: Takaful bukan mesin duit. Ada syarat, tempoh menunggu bagi pelan tertentu, pengecualian dan proses tuntutan. Baca dokumen dahulu.
Tiga: Pembaharuan tahunan bergantung pada pembayaran caruman. Kalau baki tidak mencukupi dan caruman tidak dijelaskan dalam tempoh tangguh, perlindungan boleh luput.
Soalan lazim
Tak jumpa jawapan? Tanya terus pasukan kami. Kami balas di WhatsApp, tanpa tekanan.
Tanya di WhatsAppIni percuma sebab guna KWSP?
Dah ada takaful. Perlu tambah lagi ke?
Belum pernah ada takaful. Boleh mula di sini?
Sijil takaful saya dah lapsed. Boleh hidupkan semula?
Kenapa sijil boleh lapsed dan macam mana nak elak?
Saya didiagnosis penyakit selepas sijil lama lapsed. Boleh daftar baharu?
Siapa boleh daftar?
Boleh masukkan pasangan dan anak?
Kenapa caruman dibayar tahunan?
Ini medical card ke?
Bagaimana dengan keadaan sedia ada (pre-existing)?
Ada tempoh menunggu?
Perlindungan boleh diperbaharui?
Bagaimana dengan penamaan dan hibah?
Betul ke boleh guna duit persaraan?
Laman ini rasmi ke?
Kenal saya dulu
Saya Zunaidi. Saya berkecimpung dalam bidang takaful sejak 2014. Untuk tawaran ini, peranan saya ialah affiliate Caliph Group, bukan ejen KWSP atau ejen PruBSN. Laman ini juga bukan laman rasmi kedua-dua organisasi itu.
Saya boleh bantu awak faham pilihan yang dipaparkan dan tunjuk langkah pendaftaran. Tapi saya tak tentukan kelulusan, kadar akhir atau keputusan tuntutan.
Kalau dah faham, baru buat keputusan. Kalau belum, tanya dulu. Tak perlu terburu-buru.
Nota penting: Maklumat ini berdasarkan dokumen produk yang dirujuk. Rujuk PDS, FAQ dan portal rasmi PruBSN/KWSP untuk terma muktamad.
Kenal saya dulu
Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.
Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.