Laman ini bukan laman rasmi PruBSN. Rujuk dokumen rasmi: PDS Lindung Famili (PDF) · PDS Cegah Famili (PDF)

43 penyakit kritikal · Kematian

Cegah Famili: Sakit kritikal bukan sekadar bil hospital.

Sakit kritikal, belanja harian tetap jalan.

Bayangkan seseorang kena strok. Bil hospital mungkin satu cerita. Tapi masa dia tak boleh bekerja, ansuran rumah masih perlu dibayar. Belanja dapur pun tak berhenti.

Sebab itu perlindungan penyakit kritikal berbeza daripada medical card. Medical card biasanya berkaitan kos rawatan mengikut terma. Manfaat penyakit kritikal pula boleh memberi bayaran sekali gus apabila penyakit memenuhi definisi yang ditetapkan dalam sijil.

PruBSN Cegah Famili melindungi 43 penyakit kritikal yang dinyatakan serta manfaat kematian. Ini ialah pelan takaful berkelompok bertempoh daripada Prudential BSN Takaful Berhad.

RM10k–RM200kPilihan jumlah dilindungi
19–65 ANBKemasukan baharu: ahli KWSP / pasangan
TahunanCaruman daripada simpanan KWSP yang dibenarkan

Kenali pelan

Apa itu PruBSN Cegah Famili?

Pelan takaful berkelompok bertempoh patuh Syariah untuk kematian dan 43 penyakit kritikal yang dilindungi. Manfaat penyakit kritikal dibayar sekali gus, tertakluk definisi sijil.

Produk ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad. Penyertaan sendiri melalui i-Lindung di portal KWSP i-Akaun, tertakluk kelayakan dan penilaian PruBSN.

Ilustrasi pasangan memberi sokongan ketika pemulihan di rumah
Ilustrasi konsep sahaja; bukan gambaran jaminan manfaat atau tuntutan.

Fahami manfaat perlindungan

Berapa manfaat dibayar?

Bagi penyakit kritikal yang menepati syarat, rujukan umumnya sehingga 100% daripada jumlah dilindungi, kecuali manfaat tertentu yang ada had lain.

Angioplasti dan rawatan invasif berkaitan penyakit arteri koronari mempunyai had khas: amaun yang lebih rendah antara 10% jumlah dilindungi atau RM25,000. Maksudnya ia bukan bayaran 100% seperti sesetengah penyakit lain.

Pelan ini juga mempunyai manfaat kematian, tetapi bayaran penyakit kritikal akan mengurangkan manfaat kematian. Jangan campur kedua-duanya seolah-olah dua jumlah penuh yang boleh dituntut serentak.

43 penyakit kritikal

Bayaran sekali gus apabila memenuhi definisi salah satu penyakit kritikal yang dilindungi, termasuk kanser, strok dan serangan jantung. Tertakluk definisi serta tahap keterukan dalam sijil.

Manfaat kematian

Sehingga 100% jumlah dilindungi. Bayaran manfaat penyakit kritikal mengurangkan manfaat kematian; kedua-duanya bukan dua jumlah penuh yang berasingan.

Manfaat angioplasti

Bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari: amaun lebih rendah antara 10% jumlah dilindungi atau RM25,000. Ia bukan bayaran 100% jumlah dilindungi.

Untuk siapa pelan ini?

Untuk ahli KWSP yang layak dan mahu melindungi diri serta melanjutkan perlindungan kepada pasangan dan anak. Anak boleh dilindungi dari umur 14 hari hingga 65 ANB; maksimum seorang pasangan dan sepuluh anak bagi satu permohonan.

Macam mana caruman dibayar?

Dibayar setiap tahun daripada akaun KWSP yang dibenarkan. Caruman bergantung pada umur, jantina, jumlah dilindungi dan status merokok. Kadar tidak dijamin kekal. Ini simpanan anda sendiri dan penggunaannya mengurangkan dana persaraan.

Lihat kalkulator caruman

Siapa boleh mohon dan bagaimana bayar?

Pelan ini ditujukan kepada ahli KWSP yang layak. Pendaftaran baharu bagi ahli dan pasangan adalah umur 19-65 ANB, tertakluk syarat serta penilaian PruBSN. Perlindungan tanggungan boleh dipertimbangkan mengikut terma.

Jumlah dilindungi: RM10,000-RM200,000 dalam gandaan RM5,000. Caruman dibayar setiap tahun daripada akaun KWSP yang dibenarkan. Umur, jantina, jumlah dilindungi dan status merokok mempengaruhi caruman. Kadar tidak dijamin kekal.

Tiga pengisytiharan kesihatan perlu dijawab. Tiada pemeriksaan perubatan dinyatakan dalam FAQ, tetapi permohonan tetap tertakluk pada penilaian.

Rujukan manfaat

Apa yang dibayar, dan bila?

Ringkasan manfaat PruBSN Cegah Famili
ManfaatAmaun / hadPerkara penting
43 penyakit kritikal100% jumlah dilindungi, kecuali angioplastiTuntutan mesti memenuhi definisi dan tahap keterukan penyakit dalam sijil.
Angioplasti / rawatan invasif berkaitanLebih rendah antara 10% jumlah dilindungi atau RM25,000Manfaat ini tidak membayar 100% jumlah dilindungi.
KematianSehingga 100% jumlah dilindungiBayaran penyakit kritikal mengurangkan manfaat kematian.

Senarai 43 penyakit kritikal

Nama penyakit sahaja tidak menentukan kelayakan tuntutan. Definisi penuh, tahap keterukan dan pengecualian dalam sijil terpakai. Rujuk PDS, muka surat 1.

  1. Strok / angin ahmar
  2. Serangan jantung
  3. Kegagalan buah pinggang
  4. Kanser
  5. Pembedahan pintasan arteri koronari
  6. Penyakit arteri koronari serius
  7. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  8. Kegagalan hati tahap akhir
  9. Hepatitis viral fulminan
  10. Koma
  11. Tumor otak benign
  12. Kelumpuhan anggota
  13. Buta
  14. Pekak
  15. Kelecuran tahap ketiga
  16. Jangkitan HIV melalui transfusi darah
  17. HIV dijangkiti melalui pekerjaan
  18. AIDS dengan gejala penuh
  19. Penyakit paru-paru tahap akhir
  20. Ensefalitis
  21. Transplan organ utama / sumsum tulang
  22. Hilang keupayaan bertutur
  23. Pembedahan otak
  24. Pembedahan injap jantung
  25. Penyakit terminal (membawa maut)
  26. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  27. Meningitis bakteria
  28. Trauma kepala major (teruk)
  29. Anemia aplastik kronik
  30. Penyakit neuron motor
  31. Penyakit Parkinson
  32. Penyakit Alzheimer / demensia teruk
  33. Distrofi otot
  34. Pembedahan aorta
  35. Sklerosis multipel
  36. Hipertensi arteri pulmonari primer
  37. Penyakit sistik medular
  38. Kardiomiopati
  39. Lupus eritematosus sistemik dengan buah pinggang yang teruk
  40. Skleroderma progresif
  41. Pankreatitis kronik berulang
  42. Poliomielitis
  43. Sindrom apalik

Pilihan jumlah dilindungi

RM10,000 hingga RM200,000 dalam gandaan RM5,000. Jumlah dilindungi tidak boleh dipinda sepanjang tempoh perlindungan selepas permohonan diluluskan. Beberapa sijil boleh disertai sehingga jumlah perlindungan gabungan RM200,000 bagi produk ini.

Pengisytiharan kesihatan

Tiga pengisytiharan kesihatan diperlukan. Tiada pemeriksaan perubatan atau kesihatan diperlukan menurut FAQ. Maklumat mesti tepat dan lengkap; permohonan tetap dinilai oleh PruBSN.

Sumber: PDS muka surat 1; FAQ soalan 2–4, 10, 19 dan 21.

Caruman, caj dan pembaharuan

Bayaran tahunan daripada KWSP

Ahli KWSP membayar caruman untuk diri sendiri dan tanggungan. Caruman pertama dibayar melalui pengeluaran daripada akaun KWSP yang dibenarkan. Pembaharuan ditolak secara automatik selagi baki mencukupi. Penggunaan ini mengurangkan simpanan persaraan anda.

Kadar dan caj pelan

Caruman berubah mengikut umur pada hari lahir akan datang (ANB) setiap ulang tahun sijil, jantina dan jumlah dilindungi serta status merokok. Caruman dan Tabarru’ tidak dijamin. Caj Wakalah pendahuluan 17% termasuk dalam caruman; baki 83% diperuntukkan ke Dana Tabarru’. PDS menyatakan tiada komisen dibayar untuk sijil ini.

Jika baki tidak mencukupi

PruBSN akan memaklumkan pemegang sijil untuk tindakan lanjut. Pantau baki atau atur kaedah bayaran lain yang sesuai dengan PruBSN. Tempoh tangguh ialah 30 hari dari tarikh caruman patut dibayar; perlindungan luput jika bayaran tidak diselesaikan dalam tempoh itu.

Pembaharuan tahunan

FAQ menyatakan pembaharuan tahunan dijamin selagi caruman pembaharuan dibayar, sehingga umur luput 75 ANB. Jaminan pembaharuan tidak bermaksud kadar caruman kekal sama.

Sumber: PDS muka surat 2; FAQ soalan 13–16 dan 33–37.

Cara penyertaan dan urusan selepas itu

Apa maksud 43 penyakit kritikal?

Antaranya kanser, strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang. Tapi nama penyakit sahaja belum cukup untuk menjamin tuntutan. Tahap keterukan, definisi, bukti perubatan dan pengecualian dalam sijil mesti dipenuhi.

Jadi jangan baca perkataan "kanser" lalu anggap semua diagnosis kanser automatik dapat pampasan. Semak definisinya.

Ini bukan medical card

Saya sengaja ulang. Sebab ramai orang tersalah faham di sini.

Cegah Famili bukan janji untuk bayar semua bil ward, pembedahan atau hospital. Fungsinya ialah manfaat sekali gus bagi kejadian yang memenuhi syarat sijil. Kalau awak perlukan perlindungan bil hospital, semak pelan kad perubatan secara berasingan.

Jadi, Lindung Famili atau Cegah Famili?

Kalau awak mahu faham perlindungan apabila pencari nafkah meninggal dunia atau TPD, tengok Lindung Famili. Kalau awak risau tentang kesan kewangan apabila menghidap penyakit kritikal, kaji Cegah Famili. Ada orang perlukan satu, ada orang menilai kedua-duanya. Jangan pilih kerana nama kedengaran menarik sahaja.

Saya Zunaidi, affiliate Caliph Group; bukan ejen KWSP atau PruBSN. Semakan kelayakan dan tuntutan dibuat oleh pihak yang berkenaan.

Menurut FAQ soalan 12, pelan ini ialah pelan pendaftaran sendiri melalui portal KWSP i-Akaun sahaja. WhatsApp di laman ini ialah saluran penerangan dan panduan, bukan saluran kelulusan atau pembayaran caruman.

  1. Semak kelayakan dan baki.Ahli KWSP mesti menyertakan diri dalam permohonan yang sama jika mahu melindungi pasangan atau anak.
  2. Buka i-Lindung dalam KWSP i-Akaun.Pilih perlindungan untuk diri, pasangan atau keluarga, kemudian pilih PruBSN Cegah Famili.
  3. Lengkapkan maklumat dan pengisytiharan.Berikan maklumat yang benar dan lengkap; baca PDS serta terma sijil sebelum memberi kebenaran pengeluaran KWSP.
  4. Tunggu penilaian PruBSN.Selepas potongan berjaya, permohonan dinilai oleh PruBSN. Jika berjaya, e-Sijil dihantar ke e-mel yang diberikan dan boleh disemak melalui PruBSN Touch.

Penamaan dan tuntutan

Pemegang sijil boleh menamakan individu sebagai wasi atau penerima manfaat di bawah hibah bersyarat. Maklumkan penama tentang sijil. Hantar borang penamaan dan urus tuntutan melalui saluran rasmi PruBSN; dokumen sokongan dan penilaian tuntutan tetap diperlukan.

Pembatalan dan tempoh rujukan percuma

Anda boleh memohon pembatalan terus kepada PruBSN secara bertulis. Dalam 15 hari dari tarikh sijil dihantar, caruman dipulangkan mengikut terma tempoh rujukan percuma. Selepas tempoh itu, pemulangan Tabarru’ yang belum digunakan, jika ada, mengikut jadual PDS. Pembatalan perlindungan ahli KWSP turut membatalkan perlindungan tanggungan dalam permohonan sama.

Sumber: FAQ soalan 4–5, 12, 22–32; PDS muka surat 2. Ini ringkasan, bukan pengganti dokumen sijil.

Syarat penting sebelum buat keputusan

Ada tempoh menunggu?

Ada. Menurut maklumat produk, 60 hari bagi penyakit tertentu termasuk kanser dan beberapa keadaan berkaitan jantung, manakala 30 hari untuk penyakit kritikal lain. Syarat lanjut dan pengecualian tetap terpakai.

  • Tempoh menunggu 60 hari: serangan jantung, pembedahan pintasan arteri koronari, penyakit arteri koronari serius, angioplasti/rawatan invasif berkaitan dan kanser.
  • Tempoh menunggu 30 hari: semua penyakit kritikal lain yang dilindungi. Tempoh dikira dari tarikh permulaan, penguatkuasaan semula atau pengendorsan sijil, yang mana kemudian.
  • Cegah Famili bukan medical card. Ia tidak membayar bil hospital seperti pelan perubatan; manfaat penyakit kritikal dibayar sekali gus tertakluk terma.
  • Penyakit kritikal akibat keadaan sedia ada dikecualikan. Pengecualian HIV/AIDS terpakai kecuali keadaan yang dinyatakan dalam PDS. Kematian akibat bunuh diri dalam tahun pertama sijil juga dikecualikan.

Perlindungan boleh diperbaharui setiap tahun sehingga umur luput 75 ANB, tertakluk bayaran caruman dan terma sijil. Tempoh tangguh bayaran caruman ialah 30 hari. Baca dokumen penuh untuk semua definisi dan pengecualian.

Dokumen rujukan produk

Berdasarkan dokumen PruBSN yang dibekalkan; PDS bertarikh 15 November 2025. Laman ini ialah laman maklumat bebas, bukan laman rasmi PruBSN. Terma sijil dan dokumen rasmi mengatasi ringkasan ini.

Soalan lazim

Cegah Famili ini medical card ke?

Bukan. Ia membayar manfaat sekali gus apabila definisi penyakit kritikal yang dilindungi dipenuhi, bukannya membayar bil hospital seperti medical card.

Semua 43 penyakit dibayar 100%?

Tidak. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari terhad kepada amaun lebih rendah antara 10% jumlah dilindungi atau RM25,000. Penyakit lain tertakluk definisi dan terma sijil.

Siapa boleh memohon?

Ahli KWSP dan pasangan berumur 19–65 tahun pada hari lahir akan datang (ANB). Anak boleh dilindungi dari umur 14 hari hingga 65 ANB. Permohonan tertakluk syarat KWSP dan penilaian PruBSN.

Caruman dibayar bulanan atau tahunan?

Caruman dibayar setiap tahun daripada akaun KWSP pemegang sijil yang dibenarkan. Ia berubah mengikut umur dan tidak dijamin kekal. Penggunaannya mengurangkan simpanan persaraan.

Nak faham pelan ini ikut keperluan keluarga?

Tanya tentang manfaat, kelayakan dan caruman tahunan melalui WhatsApp.

Kenali juga PruBSN Lindung Famili · Baca perbandingan kedua-dua pelan

Kenal saya dulu

Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.

Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.

DaftarWhatsApp