Laman ini bukan laman rasmi PruBSN. Rujuk dokumen rasmi: PDS Lindung Famili (PDF) · PDS Cegah Famili (PDF)

Notis Privasi LINDUNG

Dikemas kini: 31 Oktober 2026

Pengendali dan pertanyaan

Saya Zunaidi, pengendali laman LINDUNG dan affiliate Caliph Group. Untuk pertanyaan privasi, akses, pembetulan atau permintaan pemadaman, hubungi saya melalui WhatsApp 011-1321 1984. Beri maklumat minimum untuk mengenal pasti rekod; jangan hantar PIN, OTP atau dokumen pengenalan penuh.

Kalkulator caruman

Tarikh lahir, jantina, status merokok dan jumlah dilindungi digunakan untuk pengiraan dalam pelayar. Input disimpan sementara dalam sessionStorage supaya tidak perlu diisi semula dalam sesi yang sama. Acara penggunaan kalkulator menghantar jenis pelan dan bilangan ahli, bukan tarikh lahir atau amaun perlindungan.

Sembang AI dan perkongsian CRM

Mesej yang dihantar diproses melalui Supabase dan DeepSeek untuk menjawab soalan. Sesi menggunakan pengenal sementara dan mesej boleh direkod untuk sejarah, keselamatan dan sokongan. Butang kongsi meminta persetujuan sebelum perkongsian sesi kepada advisor melalui CRM. Jangan masukkan kata laluan, PIN, OTP/TAC, nombor akaun, salinan MyKad atau butiran kesihatan terperinci.

Penyimpanan dan penyedia luar

Penghantaran mesej melibatkan penyedia AI dan infrastruktur pihak ketiga; pemprosesan boleh melibatkan pemindahan rentas sempadan. Tempoh penyimpanan sebenar, lokasi data dan pemadaman termasuk salinan sandaran perlu disahkan untuk rekod tertentu. Laman ini tidak menjanjikan semua salinan dipadam secara automatik selepas 30 hari. Hubungi saya untuk pertanyaan atau permintaan pemadaman.

Analitik dan storan pelayar

Laman merekod acara seperti halaman dilawati, klik CTA, permulaan sembang dan penggunaan kalkulator. Data acara termasuk laluan halaman, domain perujuk dan masa acara. Sembang menggunakan sessionStorage untuk pengenal sesi; ini berbeza daripada kuki pemasaran. Pelayan dan penyedia hosting boleh memproses maklumat teknikal sambungan untuk keselamatan dan operasi.

WhatsApp dan pautan luar

Menekan WhatsApp membuka perkhidmatan tersebut. Mesej hanya dihantar apabila awak sendiri menghantarnya. Pautan affiliate Caliph dan portal KWSP/PruBSN mempunyai notis privasi sendiri. Semak notis mereka sebelum mengisi butiran atau memberi persetujuan.

Kenal saya dulu

Nama saya Zunaidi. Saya bukan ejen KWSP atau Prudential BSN Takaful Berhad. Saya merupakan affiliate di Caliph Group bagi program i-Lindung. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sejak tahun 2014.

Pengalaman terdahulu itu berbeza daripada peranan affiliate saya sekarang. Ini bukan laman rasmi KWSP/PruBSN. Menggunakan simpanan sendiri untuk caruman mengurangkan baki persaraan; kelayakan, manfaat dan kelulusan tertakluk terma rasmi.

DaftarWhatsApp